Friday, December 3, 2010

Laman Web Pengantin


Kepada bakal pengantin yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara-perkar berhubung semua perkara yang perlu/patut anda tahu dalam pengurusan majlis perkahwinan bolehla berkunjung ke web

http://www.pengantin.com.my/

Amat mudah...semuanya dihujung jari anda
(sekadar berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama..tq)

Thursday, December 2, 2010

Gubahan Hantaran Perkahwinan/Pertunangan


Gubahan Hantaran Perkahwinan/Pertunangan merupakan bahan utama dalam adat perkahwinan orang melayu. Penyediaan bahan ini memerlukan penelitian dan memakan masa dan kos yang agak banyak.

Kos yang terlibat adalah pembelian bahan utama seperti kasut, sejadah, peralatan makeup dsb. Kos kedua adalah barangan menghias seperti reben, bunga, lapik gubahan, tapak gubahan , bekas gubahan dsb. Sekiranya tidak pandai mengubah ada lagi satu kos iaitu upah bagi mengubah hantaran.

Jika anda kreatif anda boleh menghasilkan gubahan hantaran yang mudah, murah tetapi menarik. Jika tidak anda terpaksa menghadapi risiko menghasilkan gubahan yang susah, mahal dan tak cantik.

Jadi fikir-fikir dan buat pilihan bijak samada anda mengubah sendiri atau menggunakan khidmat pengubah hantaran yang anda kenali.

Pages